Thursday, December 31, 2009

Madani Aidilfitri

Ku berjalan ke kota
Berbekal kitab tua
Untuk jadi bekalan
Yang bernama Teladan ,

Bercerau peluh rebah ke bumi
Membasahi mengalir ke pipi
Perasaan takut menyelubungi
Itulah tanda fitrah naluri ,

Setiap perkara bersebab
Salam gula untuk pembaca,
Beringat  kita bersama sama,
Insan kamil insan berfikir,

Thursday, December 24, 2009

Salam Maal Hijrah Kedah ( oktober 2014 )

Adat dikendong merata tempat,
Adat dijunjung seluruh perusuk,
Menjadi ikutan anak negeri,
Bersumpah sakti dengan janji.

Belayarlah kapal ikut pedoman,
Petunjuk alam dengan amalan,
Riak takabbur bukan soalan,
Ikutan fahaman alim ulamak.

Pewaris kekal nabi kita,
Ilmu di sanjung tiap masa,
Budi bahasa budaya bangsa,
Tetap dikenang sepanjang zaman.

Mati manusia tinggal amalan,
Anak soleh jadi taruhan,
Ilmu berguna jadi didikan,
Doa anak cucu jadi sandaran.

Belayar dibumi tuhan,
Nikmati saujana harapan,
Menelan kisah sang hanuman,
Belajar dari salah duluan.

Dengarlah wahai teman,
Hidup ini hanya pinjaman,
Janganlah hanya jadi mainan
Biarlah Kedah Makmur dan Aman

---Lang Puteh ---

Monday, December 14, 2009

Cerita Kedai Kopi

Selepas solat subuh,
Di hening pagi nan bayu
Bermula karier peniaga
Sebuah warung kopi.

Mula berlagang menyusun atur ,
Antara selepas ayam berkokok
Orang ramai bertundun datang
Kopi O , teh tarik menjadi menu.

Pekerja kebun dan ladang,
Cikgu , Enjineer , Ustaz.
Kelibat JKKK dan MKK
Y.B dan Orang Kanan
Mengalas perut sebelum berkerja.

Himpunan cerita kelmarin,
Ada perkhabaran suka duka.
Ada juga anasir caci
Ada juga kempen partil
Ada jua anasir fitnah
Ada pun sangkaan buruk
Ada musjahadah ilmiah,
Ada musyahadah hikmah
Termasuk muzakarah



Segala bangsa agama
Menghiasi meja tamu warung,
Gamat riuh rendah
Sorak sorai si Murai

Pelawat bersimpang siur,
Kerusi silih Berganti
Ada yang tinggi ,
Ada yang rendah ,
Ada yang berjanggut,
Turut ada yang bermisai.

Ada yang hampir bertegang urat,
Bertekak memenangkan hati
Dan berkempen mengikut Parti
Sanggup beraksi ganas,
Sampai menepuk meja ,
suasana menjadi kian gamat.

Dari satu sudut.
Aku Jua cuba menyelami
Namun hanya berdiam diri
Dari senario pagi,
Di sebuah '' Kedai Kopi ''

Friday, December 11, 2009

Kaca Mata "sky hawk " MALAYA


Bertepuk sendiri ,
Merangkak jua sendiri,
Berjalan bertaktih,
Akhirnya berlari.

Bermula dengan desas desus,
Bertapak dengan niat telus,
Mengadu mengajak dan memujuk,
Naluri hati seorang lelaki.

Bermadah kosong tanpa didikan,
Ibarat tin susu yang tak berisi,
Indah kulit dari isi,
Adakah ini nak diawarisi.

Berseloka di siang hari,
Berpujangga di malam hari,
Berpuisi di malam gerhana,
Bertafakur sejenak selepas Tsunami.

Alpa leka lalai semua,
Terhoyong kekanan dan kekiri,
Ibarat tunggul di tengah lautan,
Pandangan Luas Tanpa Sempadan......

Saturday, December 5, 2009

Kedah Sejahtera Merdeka / P 13

















Orang kita kaya ,
Tak Kaya harta kaya budi,
kaya segala sifat terpuji
Gembira walaupun sedikit,
Tenang walaupun sederhana,
Tetap tidak akan leka,

Amanat dijunjung dengan jitu,
Berpegang pada janji yang padu,
Tidak menduakan yang tetap satu,
Kelalaian yang sudah berlalu,
Berpegang pada niat suci dahulu,
Ingin mencari yang baik termampu,

Yang baik kita usahakan,
Yang buruk kita pinggirkan,
Untuk membina satu terusan,
Terusan yang terus ke kehadapan.

Diberi nama Jiwa Merdeka,
Tiada lagi adat dikandungt
Tiada lagi ilmu dikendong,
Makin berilmu makin menunduk,
Medan Ilmiah semula terbentuk.

Bakti direnjis Jelapang Padi,
Buat Negeri Kedah Sejahtera,
Sentiasa Aman Disanjung Tinggi.
Pemuda Pemudi Besatu Hati,
Melahirkan Insan Murni,

Itulah dia Negeri Kita
Yang Bernama Kedah
Seluruh Rakyat Serta Sultan,
Mendapat Rahmat Serta Daulat..

Amin..23/04/2013

Jitra : 11.00pm

-wasalam-

Lang Puteh

Saturday, November 21, 2009

KAKI PANCING MALAYA

MALAYSIA
KEDAH (JERLUN)
Manusia mempunyai banyak kesukaan, hobi,kegemaran yang berbagai,oleh itu sesetengahnya memilih bermain dengan joran.Joran adalah satu medium yang diguna oleh kaki pancing.

Daripada satu segi yang lain, pemancing yang meluangkan masa mereka dengan aktiviti pancing adalah untuk mengisi masa lapang, namun kita juga harus ingat bahawa tidak semua begitu, ada yang ingin menguji atau mengadu nasib.

Ada juga mereka memilih hari yang kononya ( luck ) atau nasib pada hari hari sekian pada hemahnya.Tapi bagi yang memangcing untuk mencari rezeki,Setiap hari harus menjadi pertarungan yang hebat.Ini berfungsi dengan hanya memancing adalah satu sumber rezeki mereka.

Entiti kerja halus seperti mengadu nasib ini menjadi lumrah hidup bagi sesetengah pihak.Jadi ,secara kesimpulannya,memancing juga dikatakan satu alat riadhah.Menurus lunas Islam kita hendaklah berbaik sangka dengan apa juga.Ini Kerana kita perlu mengelak daripada menabur fitnah dunia dan akhirat.

PENA BIRU