Monday, December 14, 2009

Cerita Kedai Kopi

Selepas solat subuh,
Di hening pagi nan bayu
Bermula karier peniaga
Sebuah warung kopi.

Mula berlagang menyusun atur ,
Antara selepas ayam berkokok
Orang ramai bertundun datang
Kopi O , teh tarik menjadi menu.

Pekerja kebun dan ladang,
Cikgu , Enjineer , Ustaz.
Kelibat JKKK dan MKK
Y.B dan Orang Kanan
Mengalas perut sebelum berkerja.

Himpunan cerita kelmarin,
Ada perkhabaran suka duka.
Ada juga anasir caci
Ada juga kempen partil
Ada jua anasir fitnah
Ada pun sangkaan buruk
Ada musjahadah ilmiah,
Ada musyahadah hikmah
Termasuk muzakarah



Segala bangsa agama
Menghiasi meja tamu warung,
Gamat riuh rendah
Sorak sorai si Murai

Pelawat bersimpang siur,
Kerusi silih Berganti
Ada yang tinggi ,
Ada yang rendah ,
Ada yang berjanggut,
Turut ada yang bermisai.

Ada yang hampir bertegang urat,
Bertekak memenangkan hati
Dan berkempen mengikut Parti
Sanggup beraksi ganas,
Sampai menepuk meja ,
suasana menjadi kian gamat.

Dari satu sudut.
Aku Jua cuba menyelami
Namun hanya berdiam diri
Dari senario pagi,
Di sebuah '' Kedai Kopi ''

No comments: