Friday, December 11, 2009

Kaca Mata "sky hawk " MALAYA


Bertepuk sendiri ,
Merangkak jua sendiri,
Berjalan bertaktih,
Akhirnya berlari.

Bermula dengan desas desus,
Bertapak dengan niat telus,
Mengadu mengajak dan memujuk,
Naluri hati seorang lelaki.

Bermadah kosong tanpa didikan,
Ibarat tin susu yang tak berisi,
Indah kulit dari isi,
Adakah ini nak diawarisi.

Berseloka di siang hari,
Berpujangga di malam hari,
Berpuisi di malam gerhana,
Bertafakur sejenak selepas Tsunami.

Alpa leka lalai semua,
Terhoyong kekanan dan kekiri,
Ibarat tunggul di tengah lautan,
Pandangan Luas Tanpa Sempadan......

No comments: